Tuesday, December 27, 2016

Konsep takaful

Apa maksud Takaful pada pemahaman anda?

Sebelum jadi agen, saya hanya tahu Insurans dan berangapan takaful itu salah satu dari produk insurans.Ada juga yang faham takaful dan insurans tu sama sahaja..Salah tu!!

Asasnya takaful dan insurans punyai matlamat yang sama,tapi konsep dan perlaksanaan berbeza.

Takaful bermakna konsep persaudaraan,perpaduan dan saling membantu dalam menjaga kepentingan bersama.Setiap peserta memberi sumbangan dan disimpan dalam tabung Tabarru' (derma).Jika ada ahli ditimpa musibah,derma akan diberikan kepada sebagai tuntutan.

Manakala Insurans pula berkonsepkan ganti rugi.Peserta membayar premium kepada syarikat insurans.Maka pihak syarikat lah yang menangung risiko tuntutan.

Nampak tak bezanya?
Yang penting takaful ni patut shariah,iaitu tiada unsur (maisir)perjudian,(gharar)ragu-ragu dan (riba).
Sebahagian dari sumbangan di labur kan dalam dana syarikat yang patuh syariah,yang di monitor oleh BNM.

Dah tu..Apa pula fungsi Prudential?
Prudential sebagai pemegang amanah untuk mengendali kan operasi takaful.Kesemua wang dari sumbangan akan dimasuk kan ke dalam tabung untuk pembayaran tuntutan takaful.

Secara ringkasnya begini lah;-











Pastikan ada punyai pelan takaful bersama PrudentialBsn!

No comments:

Post a Comment